MINI KARNIVAL KERJAYA ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DENGAN KERJASAMA PERKESO NEGERI SABAH DAN PEJABAT DAERAH KECIL KEMABONG

24 Sept 2022, Kemabong, Tenom :

Mini Karnival Kerjaya Kemabong, Tenom 2022 Anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kecil Kemabong telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rubin Balang, ADUN N43. Kemabong di Dewan Sri Ontoros, Kemabong. Turut hadir bersama Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Puan Maria Chong, Pegawai Daerah Tenom, Encik Mas Syawan bin Masood dan Penolong Pegawai Daerah Kemabong, Encik Zakharia Bin Jamal.