Pameran Pendidikan (Education Fair)

20 Julai 2022 (Rabu) - Kota Kinabalu.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah turut serta selaku pempamer atas jemputan Pos Malaysia yang mana julung kali diadakan, sempena Pameran Pendidikan (Education Fair) bertempat di ruang legar Pej. Pos Malaysia KK.

JPSM juga telah diberi peluang untuk menyampaikan sedikit maklumat kepada pengunjung mengenai Sabah Jobs Portal dan kursus yang terdapat di JPSM, seperti kursus di ILTP, BTLK & HELP selain SJP.