Perasmian Karnival Kerjaya Kota Marudu 2023 anjuran bersama JPSM, PERKESO dan PD Kota Marudu

5 November 2023 (Ahad), Jam 8.30 pagi - 4.30 petang, Dewan Komuniti Kota Marudu

KARNIVAL KERJAYA KOTA MARUDU 2023

Karnival Kerjaya Kota Marudu 2023 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pejabat Daerah Kota Marudu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Majlis turut dihadiri Puan Kamsiah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Musleha Khairunisa binti Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Marshal Anthony @ Idham, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Pejabat Daerah Kota Marudu dan Puan Salwati binti Abdul Karim, Timbalan Pengarah PERKESO Cawangan Sabah.

Program ini telah disertai oleh 12 Jabatan / Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 13 Majikan yang menawarkan lebih daripada 800 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.