PERASMIAN KARNIVAL PERDANA TAWAU 2022

7 Ogos 2022 - Majlis dirasmikan oleh Yang Berhomat Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Turut hadir sama, Yang Berhomat Tuan Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N.71 Tanjung Batu, Tuan Zainuddin bin Aman, Setiausaha Tetap KSTI, Puan Maria Chong, Timbalan SUT I KSTI, Encik Henry Idol, Timbalan SUT II KSTI, Dr. Mohammad Ali bin Hindia, Pengarah PERKESO Sabah, Puan Lily Medriana Serigar, Setiausaha Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Encik Mohd Napiah Haris, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK).

Sebanyak lebih 1500 kekosongan jawatan telah ditawarkan daripada 23 majikan sepanjang karnival ini berlangsung.