PERASMIAN SURAU HIDAYATUL SOLIHIN ILTP JPSM KAMPUS PAPAR

23 Mac 2021 (12.00 Tengah hari) | YB Datuk Haji Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan Surau Hidayatul Solihin ILTP JPSM Papar. Pembinaan Surau yang diberi nama ‘Home Hidayatul Solihin’ ini merupakan ilham daripada Tuan Haji Zainudin Aman, mantan Pengarah JPSM.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar institusi surau ini terus diimarahkan bagi memberi nilai tambah dan menyuntik ilmu kerohanian kepada warga ILTP JPSM dan masyarakat setempat kerana institusi ini bolehlah dianggap sebagai ‘makmal pendidikan rohani’.