Perkhidmatan Pendaftaran Sabah Jobs Portal sempena Program Santuni Wanita anjuran JHEWA

20 JUN 2023 (SELASA) - Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, KOTA BELUD

PROGRAM SANTUNI WANITA ANJURAN JHEWA

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Program Santuni Wanita Anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan membuka kaunter perkhidmatan Pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) untuk belia-beliawanis serta para pencari kerja.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Haslina Hj Ismail, Pengarah JHEWA dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.