Pesta Bunga Tenom 2022 yang diadakan di Taman Pertanian Sabah, Tenom

04 September 2022 (Ahad): Pesta Bunga Tenom 2022 yang diadakan di Taman Pertanian Sabah, Tenom, telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ke majlis perasmian tersebut, Pengarah JPSM Puan Tianinun binti Iping dan Timbalan Pengarah Puan Dg. Norsiah binti Ag. Durahman.

Sempena Pesta Bunga Tenom 2022 tersebut, JPSM telah diundang dengan kerjasama PERKESO untuk mengadakan Mini Karnival Kerjaya/Pekerjaan bertempat di Balai Ketibaan, Taman Pertanian Sabah, Tenom. Sebanyak 5 majikan telah turut serta untuk menjayakan Mini Karnival Kerjaya tersebut. Pihak JPSM sebagai Pendaftar Sabah Jobs Portal manakala pihak PERKESO sebagai pendaftar MyfutureJobs dalam Mini Karnival Kerjaya tersebut.