Program Biz Transformation

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia kerjasama dengan SIRIM BERHAD akan mengadakan kursus secara fizikal iaitu Program Biz Transformation. Kursus ini akan diadakan di SIRIM Sabah, No. 1, Commercial Zone, Taman Perindustrian (KKIP), Kota Kinabalu melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada ketetapan seperti yang berikut:

No. DUN Tarikh Jumlah Peserta

1. Sulaman (N10) 22 & 23 November 2021 30 orang

2. Karambunai (N12) 24 & 25 November 2021 30 orang

Masyarakat setempat daripada golongan sasar belia/beliawanis, usahawan, B40, ibu tunggal dan mereka yang terjejas Covid-19 berumur 18 hingga 55 tahun adalah dipelawa untuk menyertai kursus ini. Bagi mereka yang berminat sila isi pautan di bawah untuk pendaftaran selewat-lewatnya pada 19 November 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang

Pendaftaran