Program Certificate in Data Analytics (ACCA) - Memperkasakan Modal Insan

27 April 2026 - Sandbox Training Centre, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) terus komited dalam memperkasakan modal insan melalui penganjuran Program Certificate in Data Analytics (ACCA) yang telah berlangsung pada 27 April 2026 (Isnin) bertempat di Sandbox Training Centre, Wisma Bandaraya. Program intensif ini telah dihadiri oleh barisan pegawai dan kakitangan JPSM dengan bimbingan pakar daripada Tymba Education.

​Antara fokus utama perkongsian merangkumi metodologi pengurusan data, teknik analisis secara kritikal, serta aplikasi analitik dalam memenuhi tuntutan industri masa kini. Pendedahan ini amat signifikan bagi memastikan warga jabatan sentiasa kompeten dalam mengadaptasi transformasi digital bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

​Sebagai tanda apresiasi, sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pihak penyedia latihan telah disempurnakan oleh Encik Syed Shahridzan Sh Sihan, Ketua Seksyen Digital dan Inovasi mewakili Puan Pengarah JPSM.