Program Hala Tuju Kerjaya selepas SPM

06 Ogos 2022 -

Tawau : BKK, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), telah mengadakan Program Hala Tuju Kerjaya selepas SPM kepada pelajar di SMK Jalan Apas Tawau, bertempat di Dewan Terbuka Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Objektif seminar ini adalah bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar di sekolah tersebut, sebagai persediaan menghadapi selepas alam persekolahan. Seramai 136 orang pelajar telah hadir.