PROGRAM JELAJAH KARNIVAL KERJAYA PERKESO DENGAN KERJASAMA JPSM 2023 (KARNIVAL JERAYAWARA)

KARNIVAL JERAYAWARA

Program Jelajah Karnival Kerjaya PERKESO dengan kerjasama JPSM pertama untuk 2023 khas untuk orang Sabah!!!

Kali ini bukan setakat 1 Zon sahaja, tapi 5 ZON UTAMA di Sabah seperti tercatit dalam poster

Dengan penglibatan 15 buah majikan hingga 30 buah majikan dengan tawaran peluang pekerjaan di sediakan dari pelbagai industri bagi merancakkan lagi ekonomi kita semula.

Selain itu, PERKESO juga akan membuka pendaftaran bagi suri rumah yang belum berdaftar di dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Mahu tahu apa itu SKSSR ? Bah jom ramai-ramai set masa pada ketetapan berikut :-

**Daerah Keningau: Dewan Masyarakat Keningau (18hb Februari 2023 - 08:00 pagi hingga 05:00 petang) **

Tawau: Hotel Emas, Tawau (19hb Februari 2023 - 08:00 pagi hingga 05:00 petang)

Semporna: Dewan Masyarakat Semporna (20hb Februari 2023 - 08:00 pagi hingga 5:00 petang)

Sandakan: Dewan Masyarakat Sandakan (21hb Februari 2023 - 08:00 pagi hingga 05:00 petang)

Kota Kinabalu: Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) (25hb Februari 2023 - 08:00 pagi hingga 05:00 petang)

Kehadiran adalah secara Walk-In di setiap daerah terdekat anda!

Jangan lupa untuk berpenampilan kemas, bawa resume terkini dan sijil-sijil yang berkaitan.

Calon juga digalakkan untuk mendaftar sebagai Pencari Kerja di 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐛𝐬 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 (https://jobs.sabah.gov.my/g-applicant/register)