Program Komuniti Penamanam Pokok (Tree Planting) anjuran Junior Chamber International (JCI Moyog)

23 SEPTEMBER 2023 (SABTU): POHUMPUNG NATURAL BREEZE TRAIL, KG.BIAU PAPAR

PROGRAM KOMUNITI ‘REVIVE AND RECONNECT: REFORESTING HOPE FOR A GREENER FUTURE’ TREE PLANTING (PENANAMAN POKOK) ANJURAN JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL MOYOG (JCI MOYOG)

Seramai 76 pelatih beserta 22 orang staff dan jurulatih Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai aktiviti penanaman pokok yang dianjurkan oleh Junior Chamber International Moyog (JCI MOYOG).

Tujuan program komuniti ‘REVIVE AND RECONNECT: REFORESTING HOPE FOR A GREENER FUTURE’ TREE PLANTING (PENANAMAN POKOK) ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia dan komuniti berkenaan pentingnya untuk menjaga dan mengekalkan persekitaran yang sihat yang dapat mengurangkan kesan perubahan iklim selain daripada memupuk semangat dan memberi motivasi berkenaan kerja kesukarelawan di kalangan masyarakat untuk kepentingan bersama.

Hadir sama, Yang Berbahagia Puan Dg. Norsiah binti Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah dan Puan Kamsiah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah JPSM.