Program lawatan pemantauan dan sesi perbincangan bersama Handal Cranes dan peserta Kursus Pengendalian Kren di Pusat Latihan Handal Cranes Telok Kalong, Kemaman, Terengganu

Program lawatan pemantauan dan sesi perbincangan bersama Handal Cranes dan para peserta Kursus Pengendalian Kren telah dilaksanakan pada 04 Disember 2022 (Ahad) di Pusat Latihan Handal Cranes Telok Kalong, Kemaman, Terengganu.

Program lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Turut hadir sama adalah YBhg. Datuk Ag. Shaminan Datuk Hj Sahari, Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah JPSM dan para pegawai JPSM.