Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) di Daerah Kecil Kemabong, Tenom

08 JULAI 2023 I DATARAN DAERAH KECIL KEMABONG,TENOM / 8 PAGI HINGGA 1 PETANG

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB)

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Rubin Balang, ADUN N43 Kemabong merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO).

Program ini disertai oleh lebih daripada 50 Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat. Terdapat juga Kaunter Perkhidmatan Saringan Kesihatan dan Derma Darah serta Gerai Jualan Usahawan Tempatan.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) manakala Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) pula telah membuka kaunter perkhidmatan dan memberikan taklimat ringkas mengenai program-program yang ditawarkan di ILTP.