Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) di SK Long Pasia, Sipitang

28 Oktober 2023 (Sabtu) SK Long Pasia 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB)

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) telah disempurnakan oleh Tuan Awangku Raimy Pg. Abd. Rahman, Pegawai Daerah Sipitang.

Program ini disertai daripada 25 Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) manakala Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) pula telah membuka kaunter perkhidmatan.