Seminar Bimbingan Kerjaya Beaufort sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Beaufort 2023

15 DISEMBER 2023 DEWAN PA MUSA BEAUFORT DAN DATARAN BAGANDANG BEAUFORT

SEMINAR BIMBINGAN KERJAYA BEAUFORT 2023 SEMPENA KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN BEAUFORT 2023

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah mengadakan Seminar Bimbingan Kerjaya Beaufort 2023 bertempat di Dewan Pa’ Musa Beaufort bersempena dengan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Beaufort 2023.

Seramai 267 pelajar yang menghadiri Seminar ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Beaufort I, SMK Beaufort II, SM ST JOHN, SMK GADONG dan Kolej Komuniti Beaufort.

Penceramah Encik Gilbert Philip telah menyampaikan Taklimat mengenai Institut Latihan Teknik Perdagangan (ILTP), manakala Penceramah Jemputan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Puan Nurul Fatiha Firdaus binti Roslan telah menyampaikan ceramah bertajuk “Meneroka Personaliti dan Halu Tuju Kerjaya”.

Selain itu, turut berlangsung Karnival Keusahawanan di Dataran Bagandang mulai hari ini sehingga jam 10.00 malam dan hari esok (Sabtu) sehingga jam 5.00 petang.