Seminar Bimbingan Kerjaya di Dewan Jauhar, SMK Pekan II, Kota Belud

JPSM telah menganjurkan Seminar Bimbingan Kerjaya di Dewan Jauhar, SMK Pekan II, Kota Belud pada 01 Julai 2022. Bahan sesi seminar ini adalah taklimat pengenalan JPSM dan ceramah motivasi bagi memberi pendedahan dan motivasi diri selain membina cara berfikir lebih terbuka tentang masa hadapan dalam membina kerjaya. Program ini telah dihadiri seramai 143 pelajar Tingkatan 5 di sekolah tersebut.