Seminar Kerjaya 2023 di Bilik Seminar SMK Sandakan II, Sandakan

19 OKTOBER 2023 - BILIK SEMINAR SMK SANDAKAN II, SANDAKAN.

SEMINAR KERJAYA SANDAKAN 2023

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) & Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya kepada lebih kurang 160 orang pelajar SMK SANDAKAN II, SANDAKAN.

Seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Sabah Jobs Portal, Hospitality dan Engagement Learning Programme (HELP), kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan untuk menentukan hala tuju mereka.