Seminar Kerjaya di SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna

27 Mei 2022 - Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Kerjaya telah mengadakan sesi Seminar Kerjaya di SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna bagi penuntut Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang bakal meninggalkan alam persekolahan mereka dan seterusnya menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Tajuk ceramah Motivasi Halatuju disampaikan oleh Penceramah Encik Yusuf Bin Hasni daripada IZ Resources dan seramai 160 orang murid yang telah hadir. SMK Datuk Panglima Abdullah diwakili oleh Guru Kaunseling iaitu Cikgu Mohd. Kamal Bin Pinsin, manakala daripada pihak JPSM pula adalah Encik Jim Raymon dan Puan Juvina Jimis. Seminar ini diadakan sempena Karnival Pekerjaan Semporna Tahun 2022 yang akan diadakan pada 28 Mei 2022 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Semporna.