Seminar Kerjaya Keningau 2023 Siri 2 di Dewan Datuk Anthony Undan, SMK Apin-Apin

7 OGOS 2023 - DEWAN DATUK ANTHONY UNDAN, SMK APIN-APIN.

SEMINAR KERJAYA KENINGAU 2023 SIRI 2

JPSM melalui Bahagian Khidmat kerjaya telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya kepada lebih kurang 180 orang pelajar tingkatan 5 SMK APIN-APIN.

Seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Insitut Latihan Teknikal & Perdagangan (ILTP), Sabah Jobs Portal, Hospitality dan Engagement Learning Program, kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan untuk menentukan hala tuju mereka.