Seminar Kerjaya Kota Belud Siri 1 di Dewan Jauhari, SMK Pekan II

24 OGOS 2023 - DEWAN JAUHARI, SMK PEKAN II.

SEMINAR KERJAYA KOTA BELUD 2023 SIRI 1

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya & Institusi Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya kepada lebih kurang 95 orang pelajar Tingkatan 5 SMK PEKAN II KOTA BELUD.

Seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Insitut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Sabah Jobs Portal, Hospitality dan Engagement Learning Program, kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan untuk menentukan hala tuju mereka.