Seminar Kerjaya Putatan 2023 di Dewan Asrama, Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan

08 SEPTEMBER 2023 - DEWAN ASRAMA SMK PUTATAN.

SEMINAR KERJAYA PUTATAN 2023

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya & Institusi Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya kepada lebih kurang 216 orang pelajar tingkatan 5 SMK PUTATAN, PUTATAN.

Seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Insitut Latihan Teknikal & Perdagangan (ILTP), Sabah Jobs Portal, Hospitality dan Engagement Learning Program, kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan untuk menentukan hala tuju mereka.