Seminar Kerjaya Ranau 2023 anjuran JPSM dengan kerjasama SMK Ranau

25 Mei 2023 (Khamis) 8.30 pagi - 10.30 pagi Dewan Serbaguna SMK Ranau

Seminar Kerjaya Ranau 2023

Seminar Kerjaya Ranau 2023 anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama SMK Ranau telah disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Nerwana binti Arjana, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Kerjaya dan Encik Gilbert Philip, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, ILTP.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan kursus, program, latihan dan tajaan latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknikal, perdagangan dan keusahawanan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.