Seminar Kerjaya Tuaran II 2023 di Dewan Terbuka SMK Sri Nangka, Tuaran

22 SEPTEMBER 2023 - DEWAN TERBUKA SMK SRI NANGKA, TUARAN.

SEMINAR KERJAYA TUARAN II 2023

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya & Institusi Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya kepada lebih kurang 200 orang pelajar SMK SRI NANGKA, TUARAN

Seminar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Insitut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Sabah Jobs Portal, Hospitality dan Engagement Learning Program, kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan untuk menentukan hala tuju mereka.