Seminar Motivasi di SMK Bingkor, Keningau

02 September, 2022 (Jumaat) - Keningau: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Kerjaya telah mengadakan sesi Seminar Motivasi di SMK Bingkor, Keningau bagi pelajar Tingkatan 4 yang bakal menduduki SPM 2023 dan seterusnya menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Seramai 155 pelajar telah menghadiri program tersebut.

Objektif seminar ini adalah bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar di sekolah tersebut, sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.