Sesi Pemantauan Kursus Khas Bagi DUN N.4 Tanjung Kapor Siri 7 Tahun 2022

20 Oktober 2022 - Sesi Pemantauan Kursus Khas Bagi DUN N.4 Tanjung Kapor Siri 7 Tahun 2022 telah dihadiri oleh Pn. Haryati Mustapha, Ketua Unit Keusahawanan JPSM.

Sebanyak dua (2) kursus telah dilaksanakan iaitu Kursus Pengendalian Makanan Halal dan Kursus Pembuatan Mee Kuning Dan Aneka Masakan Mee.

Kursus tersebut telah bermula pada 17 hingga 21 Oktober 2022 dan melibatkan seramai 40 orang penyertaan.