Sesi perbincangan bersama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)

6 MAC 2024 | BANGUNAN KWSP | 2.00 PETANG

SESI PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS BERSAMA ILMIA BAGI KAJIAN ASPIRASI PENCARI KERJA DI SABAH.

Sesi perbincangan bersama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) ini adalah berkenaan dengan Aspirasi Pencari Kerja di Sabah.

Skop kajian ini memfokuskan kepada negeri Sabah. Sesi perbincangan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan serta input daripada JPSM dan PERKESO.

Delegasi JPSM diketuai oleh Puan Kamsiah Ibrahim Timbalan Pengarah JPSM, PERKESO dihadiri oleh Puan Florence dan Puan Rosnaneh dan pasukan penyelidik ILMIA diketuai oleh Puan Ratana binti Sarimin.

Semoga hasil dapatan kajian ini dapat membantu dalam mengenalpasti solusi bagi memperbaiki landskap pekerjaan di negeri Sabah.