Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah JPSM, atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) daripada Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi beliau dalam memperkukuh ilmu pengetahuan demi kecemerlangan perkhidmatan awam. Kerja sambil belajar bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan pengurusan masa, tenaga dan komitmen yang tinggi.

Sehubungan itu, kejayaan ini juga menjadi bukti ketabahan dan kesungguhan beliau, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JPSM untuk terus beraspirasi, berusaha dan mencapai kecemerlangan. Beliau kini komited untuk terus berbakti kepada organisasi dan masyarakat di Negeri Sabah.

Ikhlas daripada: Seluruh Warga JPSM