Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sabah 2022 (YCS Sabah 22), bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP2) Universiti Malaysia Sabah

22 Okt 2022, Kota Kinabalu (Sabtu):

Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sabah 2022 (YCS Sabah 22), bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP2) Universiti Malaysia Sabah anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i- LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). JPSM telah dijemput sebagai pempamer **Sabah Jobs Portal** (SJP) yang mana ianya sebagai satu platform pencarian kerja kepada belia dan pencari kerja.