Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda (Youth Career Symposium, YCS) 2022, anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan PERKESO.

22 Oktober 2022 (Sabtu) - Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM) telah menghantar seramai 70 orang pelatih daripada Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Kampus Papar dan Kota Kinabalu untuk menyertai Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda (Youth Career Symposium, YCS) 2022, anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan PERKESO bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program YCS 2022 ini bertujuan untuk merangsang penghasilan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada belia Malaysia khususnya belia Sabah seterusnya membantu mengurangkan kadar pengangguran negara. Semasa berlangsungnya program ini, JPSM juga menyertai aktiviti pameran bagi menarik minat belia untuk mendaftar di dalam Portal Sabah Jobs dan turut berkongsi maklumat berkenaan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan.

Pada hari yang sama, seramai 20 orang pelatih ILTP Kampus Papar daripada Program Perkhidmatan Terapi Estetik dan Dandanan Rambut turut menyertai aktiviti Karnival Kerjaya anjuran JPSM di daerah Kuala Penyu. Tujuan melibatkan pelatih ini adalah untuk memberi pendedahan awal dalam menyampaikan perkhidmatan dan mengendali pelanggan sebelum mereka menamatkan latihan dan menceburi bidang sebenar semasa di alam pekerjaan.