Taklimat dan Lawatan Verifikasi - Pelaksanaan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di ILTP

19 FEBRUARI 2024 (ISNIN): BILIK MESYUARAT PENTADBIRAN ILTP JPSM PAPAR

TAKLIMAT PENGAJIAN DAN LAWATAN VERIFIKASI TAPAK PELAKSANAAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DI INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) PAPAR

Taklimat ini bertujuan membincangkan butiran Program pengajian peringkat Ijazah yang ditawarkan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk tenaga pengajar Institut Latihan Teknik dan Perdagangan dalam bidang Kejuruteraan. Program ini akan dikembangkan kepada pelatih-pelatih ILTP pada masa akan datang. Turut dibincang ialah kerjasama strategik antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam memperkukuhkan latihan dalam bidang TVET.

Pegawai Universiti Kuala Lumpur - Malaysian France Institute (UniKL- MFI) yang hadir:

  1. Tim. Dekan Akademik

Dr Badlishah Mohd Yusof

  1. Tim. Dekan Perkongsiaan Antara bangsa, Perindustrian dan Institusi

Encik Mohd Zaki Mohamed

  1. Penyelaras Projek UniKL MFI

Dr Dahia Andud

  1. Wakil Pusat Kemajuan dan Pendidikan Berterusan

Puan Aini Fadhilah Mohd Soad

  1. Wakil Pusat Kemajuan dan Pendidikan Berterusan

Puan Hahani Nadziri

  1. Pensyarah Kanan

Ts. Ridzuan Md. Sham

Turut hadir Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah.