Temuduga Terbuka Program HELP anjuran JPSM dengan kerjasama Borneo Rainforest Lodge, Lahad Datu

02 - 03 Februari 2024 | Pejabat PERKESO Lahad Datu | 9 pagi hingga 4 petang

Temuduga Terbuka Perhotelan Program HELP anjuran JPSM dengan kerjasama Borneo Rainforest Lodge, Lahad Datu

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama PERKESO Lahad Datu dan Borneo Rainforest Lodge Lahad Datu telah melaksanakan Temuduga Terbuka bagi Program HELP untuk sesi pengambilan bulan Februari tahun 2024.

Temuduga Terbuka ini berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 02/02/2024 hingga 03/02/2024 di daerah Lahad Datu.