Temuduga terbuka Program Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) JPSM

12 April 2022 - Temuduga terbuka Program Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) JPSM dengan kerjasama Shangri-La Rasa Ria, Tuaran telah diadakan pada 12 April 2022 hingga 13 April 2022 bertempat di Tingkat 13, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Seramai 307 orang belia Negeri Sabah telah mendaftar secara online melalui link pendaftaran dan Kod QR yang disediakan oleh pihak JPSM. Dijangka Seramai 35 calon yang berjaya akan diberi peluang untuk bekerja dengan Shangri-La Rasa Ria bermula pada awal bulan Mei 2022.