**7 SEPTEMBER 2026 (HARI ISNIN) **
**PELUANG LATIHAN DAN PENEMPATAN PEKERJAAN BERSAMA KIBING **
Program “Train and Place” anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM) / SBH Kibing Solar New Material (M) Sdn. Bhd.
JPSM dengan kerjasama SBH Kibing Solar New Material (M) Sdn. Bhd. kini membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program latihan dan penempatan pekerjaan bersama KIBING sebagai Deep Processing Operator (Machine Operator / QC Inspector).
Program ini melibatkan latihan selama 3 bulan yang merangkumi orientasi, pengenalan kepada Mindset & Cross-Culture Course serta latihan teori dan amali di persekitaran industri KIBING.
- Elaun/Gaji semasa latihan: RM1,700.00 sebulan (tidak termasuk OT)
**- Faedah: Makan dan Minum & kemudahan perubatan disediakan **
- Hostel: Terhad dan tertakluk kepada kekosongan
- Umur: 18 hingga 40 tahun sahaja
Selepas tamat latihan, peserta akan menjalani short assessment oleh pihak KIBING. Peserta yang berjaya akan berpeluang menerima Offer Letter selama 6 bulan dengan gaji permulaan yang lebih tinggi.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai/staf JPSM berikut:
1. Encik Epiphanius @ Altred bin Eban
Emel: epiphanius.eban@sabah.gov.my
2. Encik Azwan Kamal bin Ahmad
Telefon: 014-8667868